Friday, July 31, 2009

bila Aku Bengang

menghadap lautan yang meluas,
hatiku sentiasa dilanda gelisah,
gelisah dengan setiap ombak2 yang datang menyapa,
gelisah dengan setiap anasir2 yang memusnahkan....

aku disini,
menekan petak2 kecil,
terasa lancar tanpa ada yang menghalangi,
tapi siapakah yang mengerti,
segala yang bermungkim di dasar hati...

aku terus disini,
menghadapi sesuatu yang perit,
kenyataan yang bukan salah ku,
kenyataan yang hanya aku merasa,
brat beban didada,
namun siapa saja yangl ingin berkongsi bersama????

aku tertanya2..
kenapa manusia pelbagai rupa,
walaupun aku tahu akan hakikat sebenar,
namun hatiku tetap sakit tahap tidak terhingga,
mana mungkin dapat ku terima,
kerana insan lain aku yg mjadi mngsa,
kerana kelalaian insan lain aku yang menangung semua...

jika terasa diri itu tidak smprna,
jgan sesekali berlagak bagaikan dunia ini kau yang punya,
jangan seskali menyangka diri itu berada ditempat pertama,
jangan hanya memetingkan diri walaupun merana...

aaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,
aku malas nak mengubah kata...
daa....
salam!!!!!

Tuesday, July 28, 2009

Liku2 KehIdUpAN!!!

Emo Myspace Comments
MyNiceSpace.com


Tatkala setitik demi setitik air mgalir dimuka bumi,
tatkala itulah air mata melimpah dipipi,
tatkla itulah hati yang kcil terasa pedih,
tatkala itulah hati ini terasa ingin pergi,
pergi dari tatapan org sekeliling...
Kehidupan yang penuh berduri,
aku susur dengan kesakitan menjalar,
aku susur dgan ketabahan di jiwa,
ada masa dan ketikanya,
aku rebah dikalahkan rasa,
ada masa dan ketikanya,
aku megah bersulamkan duka....
semakin bulat jalan yang kulalui,
semakin bnyak parut2 yang kutemui,
parut2 yang memberi seribu erti,
bagi insan yang hanya megerti,
erti kehidupan hakiki,
bagi insan yang hanya mengerti,
apakah itu makna kenangan yang abadi....
jangan hanya berharap pada bintang dilangit,
biar ia mampu mengukir sebuah senyuman dihati,
namun bukan untuk selamanya ia memberi,
akan ada ketika ia mula menyepi,
memberi ruang untuk bersendiri,
menempuh segala dengan kaki sendiri.....

Sunday, July 26, 2009

Aku Datg laGi!!!

Emo Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Assalammualaikum guy$$$... kekeke akhirnya aku kembali lagi di bumi Illahi ni... (wah kemana pulak aku menghilang???) kekeke windunya dengan blog aku ni... sorry ar aku buzzy cikit... ada kem untuk junior2 kelab aku... kekeke nak tahu kelab apa??? mesti ar klab ateam. kelab daki gnung aku. kekeke first time jadi fasi sih...
penat + best... kekeke nasib klab kitrg, kali ni junior yg join kem smuanya dak2 laki. peh... terasa macam smua aku nak kebas... wakakakaka perasaan kan aku ni... muka pun tak laku... kekeke.. memang kecoh ar sbb dak2 laki kan kpala dia gler2 cikit.. tapi pnat sih... asyk2 muka kitrg je yang masak... besa time aku jdi junior dlu aku n group aku yang kena masak... adoi... belajar masuk dapur aku dibuatnya...
kekeke blajar awal2 pun tak guna gak, pakwe tetap tak de... wakakakaa(menangis mak aku kalau tahu...) kekeke..em apa nak citer lagi ek... em aku blur ar skrg ni... next time ar aku citer lagi ek kawan2... penat sih... assgmnt pun bnyak... see next time... daa.... Assalammualaikum...

Tuesday, July 21, 2009

Emo Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Dimanakah Diriku!!!!!

satu keluhan ke satu keluhan kedengaran,
setiap itulah nafaske terasa seksa,
setiap itulah diri ini terasa teramat hina,
setiap itulah diri ini terasa sunyi tanpa sesiapa...
satu persatu insan berada disisi,
namun tiada satu pun keikhlasan yang ku temui,
sekadar boneka penghibur hati,
bukannya penawar bagi kesakitan hakiki.
aku menerapkan diri,
terus sabar dengan dugaan yang menanti,
berbuat baik walaupun tidak dibalasi,
namun semuanya sia2 menanti,
siapalah diriku ini,
hanya sekadar lalang peyemak tepi,
untuk menyembunyi aku dikehendaki,
namun tatkala terjumpa harta berguni,
aku sekadar dipijaki...
terasa bagai tiada harga diri,
terasa seperti ingin menangis,
terasa ingin saja aku berlari,
berlari jauh tanpa sesiapa disisi,
biar r aku berteman bintang dilangit,
biar r aku berteman lautan yang membiru,
biarkan....
sekurang2nya aku tidakkan kecewa,
bila melihat diri ini dipandang sepi,
biarpun banyak yang telah kuberi..
bukan mengharapkan simpati
bukan juga mengharap pembalasan diberi,
namun cukuplah sekadar menyedari aku disini,
tatkala ada emas lain yang menumpang sekaki.
kerna aku tahu siapa diriku...
tidak sesempurna sesiapa disini..
tapi aku tetap aku..
beredar dikaki sendiri..
belajar untuk ibu bapa yang dikasihi..
hidup kerana mereka yang mennti..
terasa sperti diri ini akan pergi..
tanpa sempat menunaikan janji..
namun semua tentuan illahi..
aku tetap akan terus berdiri..

Akhirnya....

Assalammualaikum teman2 ku...
yeah!!! akhirnya aku kembali...
rindu sih kat blog aku ni walaupun baru 3 hari aku tinggalkan..(mula2 memang ar.. kekekeke). wah 3 ari aku menyepi.. actually aku buzy gan prestic. pgram kolej.. campr lagi kne jaga booth untuk kelab ateam aku.. penat2... terasa nak pengsan pun ada gak.. ye ar before tukan aku demam. n spnjang pgram pun aku still rasa png2 but kerja tetap diteruskan... kekeke biar ar org kata muka aku muka pecah ke apa ke, yang penting kerja aku berjalan... em kekeke korg nak tau???? aku kat u ni jrg sikit pakai baju kurung..
aku slesa pakai sluar n t-shirt je... otai lar katakan(perasaan!!!) but disbbkan prestic hari tu, aku kena jaga meja makan vip so kna ar aku berpakaian baju kurung... tapi lain sikit dari lain sbb aku pakai baju kurg pahang... kekekeke comel sih... siap ada org puji lagi... kekekeke bukan nak bangga diri ok.. just aku nak kngsi kat sini, penampilan seseorg tu sbnarnya bolh menukar pndangan org lain... aku tahu memang sopan kalau kita slalu pakai baju kurung, manis je nampaknya. tapi bagi aku even bnda tu mgkin bolh menarik org untuk memerhati(sbb sdap mata memandang macam nasi ayam.. wakakakaka) tapi aku lagi slesa jadi dri aku sndiri. jeans n t-shirt paling best bila plus gan sliper besar aku... peh mantap sih...
kekekeke... tu ar gaya smpoi aku... bila nak berubah???? kekeke tunggu lah bila sampai serunya...
selagi hati kata tak, tidak ar jawapan aku... mungkin sekali sekala bolehlah... kekeke k ar actually ni time kuliah ni.. kekeke aku nak blar dlu... daa..... salam syang dari aku untuk semua pembaca.... Assalammualaikum..

Friday, July 17, 2009

Thursday, July 16, 2009

$hitTtT!!!

Emo Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Bila KePediHan MenhANtui!!!!!

Assalammualaikum semua....
em.. hari ini aku kmbali lagi tapi dalam keadaan yang agak memilukan(wah ayat...) kekeke aku demam ar ngok.. mungkin gak sbb sblam layan perasaan sgt + aku tdor lewat smlam. hari ni bangun2 je trus kpala pusing... plus gan badan n klopak mata aku panas plak... mula2 aku bajet just cuaca je, tapi bila klopak mata pun dah bahang smacam so aku yakin insyallah aku demam. kekekeke kalau korg nk tahu, bila ku demam aku ni snsitve gler... caring ar org skit kt aku, blh bawa mleleh siot... kekeke payahkan...
tapi slain tu hari ini hari pling bggang untuk aku. terasa nak mgamuk je bila pikirkan laki ni.. nama dia ?????... biarlah rahsia... just apa yang aku nak story kat sni knpa aku bggang sgat... ok skrg aku nk korg pkir logik tak kalau aku yang demam ni buat muka seposen. tambahkan pulak time tu aku still tak cukup rehat n pening jadi raja dalam kpala otak aku... mestilah logikkan... tapi mamat ni pulak sdap2 mulut dia je kata aku wat muka nk tarik perhatian dia + kata yang aku macam seakan2 pura2 sakit...
peh geram siot... dah ar hari ni aku snsitive gler... tersa aku nk tndang je mamat tu, cukup baik ar aku turun dgn niat nak tlong dia tadi tapi tup2 ni hadiah aku...
geram2 tahap cipanzi... peh... nasib baik ada bro aku n kawan2 aku... kalau tak... peh.... kekeke
k ar kamu... aku nak try bukak buku kalo blh ar...
blar dulu ok... daa... jumpa lain kali... Assalammualaikum.... MmMmMmUuUuUaaaahHhHhHhZZZZZZZZ....................

Jiwa Yang BerbiCara!!!!

Bismillah.....
Assalammualaikum semua.....
em khidupan yang amat memeratkan kpala otak aku ni... pelik kan dalam menjalani arus membangunan usia kita ni, terlalu bnyak onak n duri kita tempoh. memang bnyak sampaikan kita sndiri tak tahu yang mana satu harus dituju mahupun dijadikn plihan hati...
hidup ni seakan-akan sekeping kek, terlalu banyak adunan n perisa yang perlu kita pilih. jika btul perisanya maka manislah hasilnya. namun ada waktu dan ketikanya bila kita memilih perisa yang btul, namun kemanisannya masih lagi mnjadi tanda tanya. mengapa segala hasil yang terjadi tidak sperti yang diharapkan sedangkan sgala apa yang kita pilih sudah cukup smpurna segalanya. pada saat itulah kita tak perasaan yang apa yang kita pilih adalah salah walaupun arahan yang diberi sungguh menepati... yelah mana mungkin sektul kek itu akan terasa manis jika kita hanya meletak secubit gula. mana mungkin kek itu terasa nikmat jika kita mengunakan perisa dan bahan aduan yang telah tamat tempohnya.... penatkan... pnat sgat untuk memenuhi itu semua. ada masanya kita memberikan sepenuh perhatian, tapi trdapat jua klalaian pada akhirnya. seperti juga diri aku... aku mencuba sebaik mungkin untuk menyenangkan insan sekeliling, namun kesenangan itu tidak pernah aku lihat terjelas pada raut wajah mahupun nada bicara mereka. sehingga ada ketika aku merasakan yang semua aku lakukan n katakan tidak membawa n memberi makna kpada sesiapa. hinggakan aku merasakan kewujudanku ini hanyalah sekadar memenuhi ruang-ruang kosong yang berada di muka bumi.... jika tidak memikirkan hti n perasaan keluarga tersayang, mungkin aku tdak berada disini. mengapa??? biarlah dia menjadi rahsia untukku sndiri.. rahsia hitam itu akan terus terpalit disanubariku tanpa aku ulanginya lagi... aku sedar aku siapa, tiada siapa tempat untuk aku meluah sgala perasaan n kekeliruan disudut hati... hanya diruangan ini yang memberi nafas dan peluang untuk aku... biarlah siapa saja yang membaca... smuanya aku terima kerana bagi aku tiada siapa yang sempurna. tidak salah berkongsi rasa, namun biarlah keikhlasan tebal dijiwa... (melalut je aku ni kan. em... jiwa kacau... sorry... em... see u next time... salam guys..."

Wednesday, July 15, 2009

Assalammualaikum semua... yehaa aku kembali lagi...
kekeke
ni ar parents aku... kekeke.. syang dorg sgt2.... korg nak tahu tak??? hari hidup aku agak gembirakan... syukur alhamdulilah... kekeke.. sbb ari ni aku berjaya minta izin dari ayah aku spaya aku dpat wat lesen. kekeke mesti korg terlintas kan, stakat wat lesen pun nak kecoh. tapi kat sni gua nak cakap gan korg, family aku ni lbh2 ayah aku, payah sikit nk bgi anak2 wat lesen. ye ar anak2 dia yang tua smua popuan. alhamdulillah stlah puas aku fkir ayat, akhirnya termakbul juga.... kekeke syukur sgt2.. kekeke... em apa je nak ckap ek... em agak blur sbnarnya ni.. tak pe ar.. c u all next time ek.. gua nak blar dulu... sayg korg...
kekeke daa.... Salam..

Monday, July 13, 2009


Assalammulaikum semua... aku lagi... msti bosan kan tiap2 hari aku menaip je kerjanya... tapi peduli apa aku.. baik aku wat bnda ni atleast berfaedah gak. wakakaka....
Korg comel tak bear tu????? nama dia mumok... kekeke comelkan. aku takleh nak tido tnpa bear disisi... tak lena ar katakan. wah poyo je ayat aku. kekeke... bear ni pun punya sjarah tersendiri sbb bnda ni diberikan olh org yang istimewa. sape ek??? kekeke adalah... tapi bukan balak aku ok.. dlu mgkin yup but not this time. skrg aku sngle n aku snang gan status aku skrg... kekeke.. so blh dikatakan hadiahkan oleh ex aku lar... ex yang kedua. wah... macam playgirl lak bnyinya.. kekeke.. tapi antara mereka berdua, boys ni yang istimewa sbb dia yang memahami aku. dia suka benarkan aku lakukan segala mengikut kpala aku sndiri. walaupun kekadang bnda tu lbh memberi manfaat pada aku tapi bukan dia. memang aku senang gan dia... tapi mungkin bukan jdoh antara kami.. kekeke sbbnya aku lbh mahu utamakan apa yang penting dalam life aku. mgkin scara kasarnya seakan-akan aku mementingkan diri, tapi aku dah pikir masak2 sbb aku tahu dia pun ada tggungjwab gan family sndiri n pelajarannya. so biarlah kami menguruskan apa yang lagi penting. jika benar jodoh kami maka satulah kami. wah ayat aku....
kekeke....lagipun kan korg atleast bnda ni blh menahan aku dri hasutan syaitan. pernah tak korg dgr cple tu haram????(mesti penah kan). aku tau ada yang sokong n ada yg sbaliknya. bagi aku lak depends pada individu.. pada aku sendri lak, aku still keliru. so inilah tindakan aku... sbb bagi aku hidup ni terlalu bnyak tipu muslihatnya, kita mesti slalu berjaga2 dalam mgambil sgala tindakan spaya sgalanya tak memakan diri sndri suatu hari nanti... kekeke... tu je kot dari aku untuk hari ni. kepada sesiapa yang berkaitan dgan hidup aku ni tak ksah ar bro aku ke ex aku ke or mybe kawan baik aku ke, yang penting kat sni aku nak wish tq alot sbb bnyak memberi cahaya n warna dalam kehidupan aku. atleast sgala memory aku sntiasa ceria dan bukannya kusam sentiasa... tq alot... MmMmMmMmMmuuuuuuAaAaHhHhHhhzzzzZZZZZzZzzZzZz!!!!!!

I'm Back!!!!!!



Assalammualaikum Semua!!!!
kekeke.... wah penat sih.... penat bagat sbb aku baru je balik dari g tampal poster n cat banner... but even penat pun syok giler. Terutamanya bila aku bolh bawa mtor... wakakaka aku ni memg gler sikit bab bwa mtor ni. tapi cygnya tak ada lesen.. my dad tak benarkan lagi... so saat macam ni ar yang aku nanti2kan. kekeke...
em apa je yang aku nak bicara kat sini ek... kekeke... em... yup aku tau... aku nak katakan apa yang aku terima pada tarikh ini... actually tak ar bnyak mana, but related ar gan topik aku....
smuanya bermula bila aku wat kerja2 tadi. dgan cat bnner n tampal poster... even aku rasa smua dah tahu mgenai hal ni, tapi aku nak gak citer... kerjasama.
macam yang kita tahu hidup kita kat dunia ni kita akan sntiasa berjumpa dngan bermacam2 ragam manusia. terlalu bnyak dan payah untuk snraikan satu persatu. n hari ni aku nak sntuh mengenai org yang suka wat kerja sendiri. antara cnthnya adalah aku. aku memg agak suka wat kerja sndiri terutamanya bila study. ada org kata study ramai2 lagi bagus dari study sndiri. tapi bagi aku lak sebaliknya. actually smua ni terpulang pada individu... n kita tak bolh sma sekali menilai tanpa menyelidik terlebh dahulu. but... jngan ar smuanya kita nk buat sndiri. kita kena gak menharap pertolgan org lain. minta pertlgan bkannya bermakna kamu tu lmah. bahkan meminta pertolgan tu lbh kepada kita sdar keupayaan diri kita.... (wah ceramah pula aku ni). kekeke... antara cnth yang aku perhatikan ari ni adalah time cat banner n tampal poster. even semua tu under unit pblisiti, but kita sebagai manusia yang tercipta dibumi Illahi mestilah sntiasa mmbantu., jgn hanya bergantung pada kerja kita sahaja. mungkin skarang kita tolong mereka n satu hari nanti kita lak ditolng... Kalau nak harap satu unit je buat kerja alamatnya sampai kapan pun tak siap tampal poster tu... lagi2 bila nak tmpal skitar utm... peh gua cakap sama lu, besar sih utm ni.... mau gler dibuatnya jika tak ramai kaki tangan. penat2... tht why kerjasama itu penting.... tanpa kerjasama antara manusia itu sndiri mau hncur bumi ni sedikit demi sdikit...
kekeke... k ar aku dah penat menaip.... mesti korg pun pnat baca aku mlalutkan... wakakaka... tq sbb baca ek.. luv u all.... semoga kita akan selalu saling membantu... aku blar dlu.... Assalammualaikum.....

Sunday, July 12, 2009

ReaLity!!!!!!!!!!!!!!!!


Reality suatu kehidupan!!!!!
Lamakan kita dah bernafas di bumi ciptaan illahi ni... Satu persatu dugaan yang kita tempoh.. Bila aku kenangkan kembali smua yang aku rasa, peh pedih siot.. lbh2 lagi ketika aku sdang bertaruh dengan SPM... itulah tahun paling mencabar bagi aku... mesti korg tertnya sbb apa kan??? sat2 lagi ar aku citer... kekeke...
Aku suka menatap bintang dilangit. smrtkan, bahagia je jadi bntang. hidup sntiasa dkelilingi kawan2 malah sntiasa dipuji oleh manusia yang meneliti.
aku terasa ingin menjadi sbahagian dari mereka. memberi sinaran bahagia kepada semuaa, tapi siapalah aku ni. bnyak klemahan-klemahan aku yang perlu d'atasi.. Memang aku kena slalu berhadapan dengan reality sebnar.... macam mana yang ku lalui itulah takdir aku. walaupun seperit mana. so disini aku nak cerita kesan paling perit pernah aku lalui...
Bermula sekitar 2006, time aku SPM..............
sEjujurnya aku bagitahu kat sini. itulah tahun paling banyak air mata aku kluar.. semuanya terjadi apabila parents aku bercerai sementara... pedihkan.... perit sgt.. hanya aku dan adik beradik aku yang merasa. n paling payah untuk aku menahan semuanya apabila aku dapat tahu new tu sewktu aku ada dlm bas, odw nak blik umah sbb time tu aku ada tuisyen.. memang gler aku nk menahan dari terkejut, menahan dari menangis menahan dari menjerit disbbkan keskitan hati yang mendalam. bayangkanlah akak aku blh call aku kat dlm bas n minta aku choose nk follow mak atau abah. peh..., blur siot. org kat skeliling ramai. n aku lak tak tahu nk luah apa time tu... walaupun muka aku kat bas setenang yang mungkin tapi realitynya hati aku dah terlalu dalam terobeknya. time tu aku hanya mmpu menngis didalam hati.. Bila smpai je umah, aku terus diminta menghadap parents aku n dgar cter n luahan mereka. pling aku tak caya, bila jalan cerita hari tu sebijik macam mimpi aku time frm 2. tak sngka mmpi mnjadi reality... sdih gler bila tgk mak aku pack brg semua, n aku ambk tndakan lari dari dgr smua taklimat yang myakitkan. aku blar g taman permainan... kat situlah aku hamburkan sgala tgisan. n ex aku yang jadi peneman. kbetuln dia tahu cter sbnar. sampaikan mak aku blar pun aku tak salam. sape sanggup sih... dalam family aku, aku ada 2 org kakak n kedua-duanya nak ikut mak. so tggl aku sorg2 handle abah n adik2.. time tu aku rasa saat pling tak adil bagi aku. byangkan je ar, dgan sek aku + tuisyen + kerja memask n mgemas lagi + nak hndle persekolahan adik2. semua aku yang tanggung tapi kakak aku sdap2 ikut mak g umah pakcik. sepnjg malam aku ngis sih smpai bgkak mata ni. esok lak kena g sek. sbb abah aku ni jnis pntang ponteng2. so gan muka tak malunya aku g. jumpa mmber aku luah n terus mengis. but even time tu sdih n sakit giler tapi aku syukur sgt2 sbb aku ada mmber n cikgu yang mmbntu... lagi2 cikgu azlina... cikgu tu mmg ckgu ksygn aku. kerana pelukannyalah aku blh bertenang untuk hari2 sterusnya... n peristiwa ini berterusan sampai sbulan lamanya. alhamdulilah slpas tu parents aku berbaik semula. Jiwa aku yang kacau tahap kama itu kmbali reda. walaupun macam tu, pergaduhan n perselisihan paham tetap ada. adat umah tangga.
Bila aku duk pikir smula, memang tak adil kerana aku yang hadapi ini smua. kenapa mesti berlaku saat aku nak menempuh alam peperiksaan. tapi setelah masa terus berlalu akhirnya aku tahu. kerana peristiwa itulah kini aku dah berjaya. Kerana peristiwa itulah family aku sdah smakin bahagia n yang pasti kerana peristiwa itulah yang mengajar n memberikan aku erti sebnar suatu KEHIDUPAN!!!!!

Saturday, July 11, 2009

MeLayaN>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Assalammualaikum sekelian... kembali lagi aku kealam fntasi... jom kita mlayan, skarg ni jiwa aku agk snstive sikit... kekeke... hidup2.... smuanya pyh nk djangka kan????????? satu perstu maslah, berita mahupun kelakuan yang akan kita terima. kadg2 aku terasa bahagia melihat brung2 dilangit... bahagia berterbangan diangkasa. dngan kepakan sayap yang mmbelai angin, malah berpeluang untuk melihat bentuk bumi Allah ini dengan luasnya. tapi aku tau, berbnding brung n kita, kitalah mahkluk yang smpurna diciptanya. hanya kita yang membentuk jati diri kita ni sndiri.... kekeke... pnjgkan madah berhelah aku... citre apa je ek... korg smrt tk motor tu.... smrtkan.... tu ar mtor idaman aku, n aku pling suka gan rossi.... peh smart siot... bawa motor memang gmpak!!! skali kat coner tu main redah aje.... tapi apa kena mengena mtor gan topik aku kan???? kata layan tapi apa je yang nak dilayan??? btol tak... kekeke macm besa topik aku tetap mngenai khidupan... khidupan ni pling bnyak cbarannya, bukan slalu kita diatas, bukan slalu juga apa yang kita mintak n inginkan akan tercapai... that why aku show kat korg mtor tu... walaupun rossi mgelarkan drinya doc, n dia dah pun melengkapkan kejayaannya yang ke100, tapi kekalahan tetap ada dlam kamus hidupnya.. bukan stakat kalah malh jatuh pun penah. tapi aku respect kat rossi ni, even dia jatuh tapi tk pnah give up macam pdrosa..(kenal ke korg ni???) keke...
aku nak menjadi sperti dia.. jujur, memang apa yang ku harapkan dalam kehidupan aku ni banyak yang tak dapat aku lakukan. sdih, sakit hati n memendam rasa.... memang slalu aku rasakan lagi2 bila org lain dapat apa yang aku nak... kekdg nak je aku mnjerit bagitahu smua org, tapi aku tahu siapa lah aku ni... just insan yang tidak mempunyai keistimewaan... biasa je... tiada apa yang menarik... bila difikirkan blik, terasa nak mnngis pun ada... tapi tak ngis pun... giler apa, just perkara mcm tu nk ngis.. kekeke... sbb aku tau apa yang aku dpt ada org yang tak dpat, n begtulah sbliknya... hidup ini memg slalu memainkan percaturannya. jika pandai kita bermain, bahagialah jiwa n raga kita... mesti korg tertnya apa yang aku nak n aku tak nak???? wakakaka lu pikirlah sndiri... even kat ruangan aku luahkan perassan but personal is personal... biarlah apa yang aku rasa mjdi rahsia aku sampai aku mula memejamkan mata untuk selamanya didunia ni... kekeke..... k ar dah pnjg aku mlalut ni... nak smbg stdy,.... baik aku tmpu pada study sbb kjyaan aku lagi pentg untuk ibu bapa aku berbnding apa yang aku rasa..... kekeke... salam sayang untuk semua... daa................. Salam...

Friday, July 10, 2009

AaAaAaAaAahhhh Aku TensiOn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Gila!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hari ni memang hari Tension aku... satu persatu pblm datang... ikut hati nak je aku menjerit biar semua orang tahu.... hidup2... tak penah sekali akan aku rasa kenikmatan yang sebenar.... TENSIONNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Fuh................. sabar je ar kan.............. em Assalammualaikum semua... (baru nak ingat salam)
bestnya bagi sape yang tk ada masalah ari ni... tension2... tu ar ayt aku... aku tak tau lah mungkin pblm aku sbnarnya kcik tapi aku yang mbesarkannya... tapi yang pasti aku gah TENSION!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1
Meh aku story kat korg.. tody after klas aku g merayap gan mmber aku. walaupun kitrg tau kul 3 ada pjumpaan PA. Dsbbkan ktrg kluar awal so bjet lh balik awal ar.. tapi pkcik yang ambik ktrg tu dah lambt ambik ktrg 1jam... memg tahan sbar je aku. ok fine aku terima, n bila kat sana lak, ktrg set tknak g meetg tu sbb bnyak lagi tak cari.. tup2 dpt msg dari mmber, dia ckap smua tak hadir n dia sorg je yang dtg... peh bapak tnsion aku.... mmt tu lak mcm mare aku... msg aku yg say sowi pun tak berblas... mana aku tak tension.... bgng2 even aku tau aku ada gak salah. itu satu hal, tambah lagi masalahnya bila kitrg nk blik... ktrg dah siap bli semua brg until kul 3.30. bjet nak blik, kol pakcik tu, dia kata dia lh ambik kul 4.30. ok fine kitg tggu.. tup2 aku cakap gan korg, boleh dia kol kitrg kol 5.30 kata tak dpat dtg sbb jem... peh menyiram otak aku.... tapi stdd aku try terima segalanya walaupun hakikatnya tuhan je yang tahu... nasib baik ada blog ni....
mesti korg plikkan nape msti pkcik tu???
sbb pakcik tu tak cekik darah macam pakcik2 teksi... ko bygkanlah, naik pkcik tu byar 10rm je, gan tksi kena tibai skali sampai 18rm... walaupun meter dia tulis 11rm... sabar je ar.. nak mlawan org tua... rasa hormat aku tu masih lagi ada... peh/.....
memang menguji tahap kesabaran yang max.... bartambah lagi ketensionan aku bila aku beli lapik kyboard, bolh pulak tak leh gna... tertggl2.... bggng sih mlayang 10rm... dah ar tuan kedai tu bapak punya kerek gila.....
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....................................................................................
aku TensIon!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kepada sesiapa yang mmbaca... sowi ar ksian korag.. atleast kat sini aku leh menenagkan keluh kesah hati yang sememangnya macam nak pecah ni.... tq blog... luv u alot.. MmMmUuUuUuUuUUuAAAAAhhhhhhzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
salam...........

Thursday, July 9, 2009

$uAtu PerhiTungaN!!!!


Salam semua... akhirnya aku kembali lagi diruangan fantasi aku ni.... kekeke.. aku suka blog ni.. nilah tempat untuk aku luah semuanya tanpa ada yang mengenali siapa aku... kekeke...
well see pic kat sebelah tu... tenang kan tapi setenang mana pun tasik tersebut akan tetap ada geloranya... inilah yang aku ingin cakapkan. well... lumrah kehidupan, sebaik mana pun seseorang itu aku percaya akan ada satu keburukannya. aku tertarik untuk cerita hal ini adalah berdasarkan pengalaman kawan aku sendiri. dari situlah aku mendapat lagi satu erti2 reality sbnar kehidupan. jom kita fikir2 bersama.....
Korang penah terfikir tak yang satu hari sorang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi akhirnya boleh melakukan jenayah yang besar mahupun berat???? Bila benda tu terjadi mesti kita sendiri akan tertanya2kan... yelah masakan seorang yang alim n mempunyai perwatakan warak sanggup berbuat sedemikian. time itulah semua orang mula mengatakan " Baik tak yah pakai songkok" "muka je baik tapi perangai macam iblis" dll... Memang betul apa yang dikatakan, tapi penah tak kita ungkap masalah dalamannya sendiri... seperti tasik diatas tu, tenang kan... tapi kita tak tahu apa yang ada didalamnya. macam itu jugalah manusia.... walaupun setenang n sebaik mana seseorang itu, aku yakin pasti ada terselit sifat2 yang menjengkil kan. sifat2 yang kita sendiri tak mampu menghalang namun mungkin mampu mengawalnya. macam aku sendiri, aku ni muka je boleh ar baik(alamak terperasan pulak!!!) tapi perangai macam siot gak. kekeke.... kalau nak tahu aku ni jenis tangan cepat. kalau gan orang tu, pasti ada saja yang kena cubit n pukul gan aku itupun kalau dorang wat salah ar...
kekeke.... so bebalik gan cerita kita.... apa yang aku nak katakan, kita ni jangan lar sesekali memandang buruk ke seseorang itu. selami hatinya walaupun dia bukannya sesiapa untuk kita. memang payah nak lakukan, kekadang aku pun alpa gak, tapi atleast kita cubakan. macam mamat rempit... kita pandang buruk dengan dorang, tapi penah tak kita try pandang dari sudut positivenya. Mungkin tanpa kita sedari dorang lagi baik n mungkin alim dari kita tau....... mACAM TOPIK AKU NI.... $uatu perHitungaN!! so terpulang pada kita lah untulk menghitung semuanya... sbb semua kejadian, kita yang mnilainya....
So Selamat Menghitung.........

Wednesday, July 8, 2009

CinTa MonYet!!!!!!


Cinta Monyet....
hai bertemu sekali lagi...
aku nak sambung balik apa yang aku katakan... memang f4 bnyak mengajar aku erti sebuah ikatan.... kalau fikirkan balik memang bodoh kan, semata-mata kerana monyt bercinta, kita yang mengeluarkan air mata. malah ada setengah individu tu, sanggup takung air mata berbakul2... peh kalau masak air boleh siap berjug2 sirap taw... kekekeke... tapikan bagi aku, even monyet2 bercinta tu memberikan ksakitan yang mendalam (mungkin juga tak), tapi sebenarnya kesakitan itulah yang memberikan seribu malah mungkin berjuta2 erti dalam kehidupan.
Sejujurnya aku antara org yang menangis bila monyet bercinta, mungkin kali pertama air mata itu adalah air mata yang langsung tak memberi erti bagi aku. kerana air mata itu melinangan tanpa sebab mahupun musababnya... tapi setelah hari berganti waktu, walaupun air mata aku ketika itu terus mengalir, tapi aku tau setiap air mata itulah yang memberi aku satu persatu pengalaman kehidupan. disebabkan itu juga lah aku tak pernah pun marahkan ex aku, geram mungkin ar.... mana taknya selalu sngat tipu n kenakan aku.... kekeke.... kembali kepada yang asal, ex aku, yup aku tak marah dia walaupun kita orang penah clash semata-mata kerana dia terima cabaran kawan2. bagi aku semua tu hanya tinggal kenangan. malah aku terasa ingn berterima kasih pada dia. kerana dialah kini aku tak lagi percaya kepada kata-kata manis seorang manusia yang bergelar lelaki. Bagi aku semanis mana pun kata mereka, setia mana pun mereka dan sesayang mana pun aku kepadanya, yang pasti kata2 itu bisa saja didustai... tak mungkin akan ada yang ditepati. lainlah kalau laki itu adalah Rasullulah s.a.w. Btul x? (btul3x)... kepada laki2 yang baca ni jangn mare ek... aku tak jugak salah kan laki, aku tau perempuan pun 2 x 5. kekeke
Finally, kini aku tenang... tau sbb apa??? sbb aku tak lagi melihat mahupun terlibat dalam cinta2 monyet ni... biarlah monyet saja yang bercinta. aku lagi selesa dalam keadaan skrg.... bgi aku kalau ada jodoh adalah... apa yang penting adalah pelajaran aku n parents aku...
kekekeke...
ok sampai sini saja sih... sape2 yang membaca... tq alot... daa.... salam....

Tuesday, July 7, 2009

$uAtu PerMulaAn....


kehidupan yang penuh dengan cabaran....
Bismillah....
Inilah suatu permulaan bagi aku... Salam perkenalan kepada semua...
pertama kalinya aku tertarik untuk membuat blog sendiri. Malah sebelum ini, tak penah termimpi pun aku nak create blog2 ini... Apa boleh buat aku ni jenis yang suka ikut kata hati n otak sndiri... kalau dah dikatanya malas, so malas lar tindakan aku......
suatu permulaan!!!!!!
Itulah topik aku untuk hari ini.... kekeke..... well pernah tak korang terfikir dimana mulanya permulaan kita??? Jika kita melihat dari sudut suatu kehidupan, permulaan kita bermula dari terlahirnya adam dimuka dunia....
Tapi bukan itu yang aku ingin katakan disini... suatu permulaan bagi aku adalah dititik manakah kita mula mengenali erti kehidupan sebenar...
Disaat kita di dalam kandungan sehinggalah kita mula menangis kesyukuran kerana dilahirkan didunia. itulah permulaan kita melihat dunia. Permulaan kita mengenal dan menahan godaan iblis yang penuh dengan idea2 bodoh untuk menyesatkan kita.....
Bagi aku..., kehidupan aku sendiri, kehidupan adalah suatu yang penuh dengan tipu helahnya.. sepanjang 20 tahun aku bernafas dimuka bumi ini, tidak penah sekali pun aku terdengar adanya seorang insan yang hidupnya penuh dengan kebahagian tanpa adanya penderitaan. kehidupan bagi aku bermula semenjak aku tingkatan 4... masa itulah aku mengerti makna sebenar hidup kita ini... di mana pada waktu itu air mata aku sentiasa menitis hanya kerana cinta monyet... kelakar kan... pada ketika itulah kita merasakan cinta yang kita miliki adalah cinta hakiki, namun semuanya hanyalah dusta semata-mata. kita terlalu muda untuk memiliki itu semua... dan pada ketika itulah aku mula mengerti yang kehidupan ini tidak seperti yang kita jangka.. dan pada ketika itu jugalah aku mula mengerti yang kita tidak sesekali boleh menilai individu berdasarkan penampilannya...
oklah aku nak g mandi dlu.... badan dah berbau... kekekeke... kisah selanjutnya akan aku cerita pada waktu2 yang bakal datang.... jumpa lagi... daa!!!! salam....