Friday, August 21, 2009

bila ramadhan tiba...

Assalammualaikum semua>>>>>>
wah sedar tak sedar esok dah pun 1 ramadhan.... em bulan yang penuh dengan keberkatan.. bulan yang pnuh dngan kelebihan... aku suka dengan bulan ni... bulan ni ar timenya untuk mendengar lagu2 raya, time ni ar terasa nikmat berterawih, bulan ni ar aku boleh berdiet...
wakakakaka...
so kepada sesiapa saja yang mmbaca... selamat myambut ramadhan kawan2.... jgn kumpul dosa, tapi kumpul ar pahala....
salam...

Saturday, August 15, 2009

$uatu Penyampaian!!!!

wah!!!! Assalammualaikum...
peh lama gak rasanya tak menaip diruang kesyangi aku ni...
ada org kata aku tgh gmbira??? gmbira ke??? kekeke well.... penat sih
duk mengadap buku.... ari ni je aku tak tido lagi... satu malam menelaah mate kejut.. peh memang terkejut aku... tapi aku terasa nak tulis smthing... bnda ni sbnarnya aku nak bagi kat abah aku sblm msuk u tapi segan terus terbntut.. tadi selak2 terjumpa balik, so aku nak dedikasikan kat sini.. even my dad tak tahu, aku peduli apa... kekekeke

$pecial 4 u dad....

Bukannya sekali hatimu terluka,
malah telah dapat kami merasa ianya sudah sebati,
semuanya kerana kata-kata dusta,
anaak-anak yang banyak menabur cuka.
dirimu ibarat perjuang,
bagi kami makmum didalam masjidmu,
yang indah tersergam dibini,
atas rasa kasihmu pada si hawa.
keranamu yang banyak berjasa,
maka kami lahir menjadi insan yang berguna,
keranamu yang banyak berusaha,
maka kami sihat terbina.
wahai penghulu jiwa kami,
terima kasih atas segala jasamu,
tanpamu siapalah kami disini,
hanya sekadar jasad tak bernyawa,
terkapai-kapai mencari rezeki didunia...

syukur Ya Allah atas nikmat yang diberi,
kerna kau anugerahkan kami,
ibu bapa yang amat mengasihani kami,
mendidik kami hingga ke takat ini,
oleh itu kasihanilah mereka,
semoga mereka berada dibawah naungan nikmatmu,
YA RAHMAN YA RAHIM....

Peh.... inilah nurkilan yang tak tercapai pada tuannya... kekeke...
k ar aku dh slat subh, so aku nak tido.... kawn2... daa... salam...

Tuesday, August 11, 2009

Alhamdulilah!!!!

Assalamualaikum semua...
wah syukur sgat aku hari ni,....
nape?? n kenapa??? kekeke
actually ari ni aku ada test sih... test signal, peh agak kureng ar aku study. but alhamdulilah ALLAH permudahkan perjalanan aku tadi...
semua lancar je... tapi btul atau salah smua terpulang kepada yang maha esa.. besa ar kita sbagai hambanya hanya mampu berusaha n cuba yang termampu, segalanya ditentukan olh illahi... aku hanya bertawakal kepadanya sahaja... kekeke memang macam tu pun gaya aku, semuanya bertawakal kepada yang maha esa tapi dgn syarat aku dah berusaha walaupun usaha tu sebesar kuman.... amin....
wah... aku gah boring, tak tahu nak buat apa, lapar pun ada gak, well lunch tak makan pun tadi... kekeke tapi aku mls nak mnapak turun cafe.. jauh sih.. penat. em.. member aku bajet nak turun kul 10 nanti gan patner dia... tapi aku keliru antara nak ikut atau tak... ye ar tak ke mengacau daun namanya itu... emm.... apa kena aku wat ek???
kekeke
macam kena diet je... wahh.... k ar blur nak menaip lagi... daa semua... salam..

Monday, August 10, 2009

penat!!!!!

Wah penatnya hari ni sih...
kekeke
penat apa je???
penat tgk cd... tak insf2 aku nikan... dahlah test nak dekat...
kekekeke... tapi bagi aku stdard ar tu manusia.. mana je yang smpurna... lagi2 macam aku ni, niat hati lain tapi buatnya lain.. kekeke pikir2 myampah gak, tapi terima je... sebab aku tahu setiap apa yang aku lakukan insyallah akan ada pengajaran n toladennya nanti... Amin...


Saturday, August 8, 2009

KepuTu$anKu!!!!!

Bunga2 berguguran,
memberi keriangan dihati yang penuh kenangan,
memberi harapan kepada yang suram,
memberi senyuman kepada sesuatu yang muram....
kini aku memberanikan diri,
melangkah setapak lagi,
walaupun bertentang apa yang dihajati,
namun itulah kehendak hati nurani.
biar lah siapa mahu berkata,
yang pasti hanya aku mengerti,
kernanya aku mampu senyum sendiri,
kernanya aku mampu mengubat lara hati....
namun aku masih keliru tanpa henti,
keliru jika semua hanya mainan hati,
yang dahagakan perhatian diberi,
hingga membuat insan lain lara tanpa henti...
sudah penat aku memikir,
namun semuanya menyebelahi,
keputusan yang aku takuti,
takut untuk memikir negatif,
kerana ia melibatkan hati......

Wednesday, August 5, 2009

Broken Heart Myspace Comments
MyNiceSpace.com

ReaLitY ku KemBali!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku selalu menyangka aku bahagia,
aku selalu menyangka diriku sempurna,
namun hidup ini bukanlah seperti yang dijangka,
semua yang tercipta bukan seperti yang ingin ku rasa.
aku merasa hidupku dikelilingi bunga mwangi,
namun siapa sangka semuanya sekadar ilusi,
ilusi yang tak mungkin ku gapai,
jika aku hanya sekadar bermimpi di fajar hari,
jika hnya sekadr aku yang berangan sndiri....
aku mencari satu perhubungan hakiki,
hbungan sesama hamba2 yang lemah untuk berdiri,
namun aku megerti kini,
tidkkan wujud apa yng ku kehendaki,
takkan ada hubungan semanis Muhamad s.a.w dan s. abu bakar,
takkan wujud lagi hubgan Muhamad s.a.w sesama khalifahnya.
kini aku tertanya sendiri,
siapa sebenarnya aku...
adakah patut ku teruskan,
mahupun abaikan apa yang kurasa,
jika semuanya kerana terpaksa.
gelora hati makin tak henti,
semakin laju memgores sekeping demi sekeping,
hinggakan aku tak tahu apa lagi,
mampuku lakukan,
melainkan berdiri diatas kaki sendiri,
tanpa bimbingan sahabat mahupun teman disisi
kerna aku terasa hanya aku yang bertepuk sendiri,
sedangkan diri ini langsung tak dijemput sekaki...

Tuesday, August 4, 2009

Aku DiUji!!!!!!!!!!!

Kesabaran tetap akan ada suatu kebatasannya...
diri yang menjulang tingginya akan tetap ada junamnya,
tidakkan ada sesiapa pun yang sempurna,
tiada sesiapa pun dapat terima,
jika diri semakin lama semakin terasa terhina.
diriku hanyalah insan biasa,
belum sanggup terus menerus menyimpan rasa,
tatkala diri ini lama memendam luka,
sampai ketikanya ia meletus tanpa siapa jangka.
tatkala itulah aku terasa untuk memukul semua,
tatkala itulah tangan ini terasa mengigil tanpa bicara,
air mata yang ingin mengalir,
ku pendam untuk insan sekeliling.
namun aku tak menyangka,
semakin aku sabarkan jiwa,
semakin kuat diri ini diduga,
aku diduga tanpa sesiapa yang menyangka,
aku diduga sehingga patah pen yang dijaga.
aku lari meninggalkan semua,
kerana tidak mahu semua meneka,
muka yang masam bagaikan cuka,
kerana tidak mahu siapa yang meneka,
badanku mengigil menahan sakit di dada...
namun semua itu tetap ada yang mengata,
membuat diri ini tiada tanggungjawabnya,
membuat diri ini seakan hilang pedomannya.
namun siapa saja yang ada,
tatkala mataku ini sebam menanggung luka,
luka yang berabad lamanya ku rasa.......