Tuesday, August 4, 2009

Aku DiUji!!!!!!!!!!!

Kesabaran tetap akan ada suatu kebatasannya...
diri yang menjulang tingginya akan tetap ada junamnya,
tidakkan ada sesiapa pun yang sempurna,
tiada sesiapa pun dapat terima,
jika diri semakin lama semakin terasa terhina.
diriku hanyalah insan biasa,
belum sanggup terus menerus menyimpan rasa,
tatkala diri ini lama memendam luka,
sampai ketikanya ia meletus tanpa siapa jangka.
tatkala itulah aku terasa untuk memukul semua,
tatkala itulah tangan ini terasa mengigil tanpa bicara,
air mata yang ingin mengalir,
ku pendam untuk insan sekeliling.
namun aku tak menyangka,
semakin aku sabarkan jiwa,
semakin kuat diri ini diduga,
aku diduga tanpa sesiapa yang menyangka,
aku diduga sehingga patah pen yang dijaga.
aku lari meninggalkan semua,
kerana tidak mahu semua meneka,
muka yang masam bagaikan cuka,
kerana tidak mahu siapa yang meneka,
badanku mengigil menahan sakit di dada...
namun semua itu tetap ada yang mengata,
membuat diri ini tiada tanggungjawabnya,
membuat diri ini seakan hilang pedomannya.
namun siapa saja yang ada,
tatkala mataku ini sebam menanggung luka,
luka yang berabad lamanya ku rasa.......

No comments:

Post a Comment