Monday, March 29, 2010

aku takut akhirnya aku tegar.....

sendiri aku diruangan sepi... kembali aku disini dengan runtuhan hati nan pilu...
hati yang terlalu sensitive dengan keadaan sekeliling.. kadg kala aku terfikir, adakah salah untuk aku bersifat sensitive? adakah menyampah jika aku mempunyai sifat yang satu itu...
memang tatkala masa dan ketika ini aku bersifat sensitive yang paling meninggi.. namun adakah hanya aku yang mempunyai sifat itu? sedgkan aku merasakan ada lagi insan lain yg mmpunyai sifat yg sama. paling tidak aku minati bila empunya diri adalah insan yang bkata-kata kpada ku...
kini aku bersifat sensitive... kini aku berkecil hati... pada siapa?? em entah lah.... yg pasti aku ingin meluahkan diruangan ini. kerna disini hanya aku yg tahu, hnya aku yg mgerti siapa diri aku sendiri....
hampir berhari kita tidak bersua, hampir berhari diri ini terasa disisih... namun hati kecil ini cuma untuk memahami.. sedaya upaya mengembirakan hati insan lain disekeliling. sedaya upaya mencuba untuk memberi yang terbaik...
hampir setiap hari diri ini mengingati, terus menanti walaupun sekadar dibalas dingin, walaupun sekadar diri ini dicari disaat sepi n tension mguasai diri.... diri ini tetp sabar n terus memahami.. sedekit demi sedikit diri ini diabai oleh insan yg disayangi... bukan saja terasa terabai malah diri ini terasa dicaci.. diri ini terasa seperti dipandang kecil... bila diri ini meluahkan apa tersirat dihati ucapan "sensitive" kembali mguasai... diri ini sendiri buntu tanpa sebrg erti.... jika dulu semua seakan dituruti.. malh ada ketika sanggup mengatakan yang dirinya tidak berguna lagi...
namun kini bila aku sudh sebati, diri ini dikata mals serba serbi.. diri ini dikata mengharap insan sekeliling semata-mata... tapi aku terpikir... kepada siapakah yg aku terlalu berharap?? aku hanyalah mengharap insan yg kusayangi kerna aku merasa dia juga menyayangi dan sanggup melakukan untukku seperti mana aku sanggup untuknya... namun semakin lama aku pendam semakin lusuh anggapan ku itu... semuanya hanyalah sekadar kertas buruk yg berterbangan dilangit yg meluas... bila punca segala sudah berlalu, aku mengharapkan kembali seperti biasa... namun semua nya hanyalah sekadar menegak benang yg bash... knapa???? knapa aku berbiacara sedemikian???? kerana aku pelik kenapa diri ini terus diperli oleh insan yg aku syang, insan yg aku sngka amat memahami sifat ku tapi bukannya yg selalu memerliku.... kini apa yg ku takuti.. sejarah lama berulang lagi... aku takut bila ini terus diperli dan dikatai, akhirnya aku tegar memutuskan tali yang terikat walaupun ianya pedih dan mengaibkan diriku sendiri... aku takut aku tegar melakukannya.......

No comments:

Post a Comment